Isnin, 22 November 2021

ROTI ASAS - SWEET BUN

 Resepi ini merupakan resepi asas untuk membuat roti.   Daripada resepi ini, pelbagai bentuk roti boleh dibuat untuk menarik perhatian anak-anak dan juga pelanggan jika anda ingin menjadikan sebagai jualan.

Bahan-bahannya


Untuk hiasan bagi pelbagai bentuk yang dikehendaki seperti berikut

(i)


(ii)   






MESIN PEMBUAH DOH ROTI

Rupanya dan banyak kali kelas on9 telah diadakan oleh grup yang baru aku sertai.   Kebetulan pada hari itu, aku telah berkesempatan untuk menyertai kursus buat roti asas sweet bun.   Daripada doh roti tersebut, sebanyak 10 bentuk roti telah dibuat.  Nampak sedap dan senang pula. Memandangkan tenaga pengajar menggunakan breadmaker Noxxa, sedangkan yang aku ada hanyalah mixer (heavy duty yang asyik meragam.   Ku simpan dulu untuk membuatnya.    Akhirnya, setelah berfikir masak-masak aku nekad untuk membeli mesin yang boleh menguli doh.  Lantas aku mengajak anak bujangku yang tengah bercuti semesta ke Jusco, Cheras Selatan.  Bersesuaian dengan budjet  yang diperuntukkan, akhirnya aku membeli satu mesin doh yang boleh menggunakan 1  kg tepung.  Hmmm besar juga mesin tersebut dan nampak lebih kukuh dan mudah digunakan.








Sabtu, 20 November 2021

Kelas masakan secara atas talian

Sebelum bersara, aku memohon untuk mengikuti kursus masakan membuat roti.  Pada mulanya permohonanku ini tidak diluluskan di Bahagian Latihan, dengan alasan tiada peruntukan.   Tetapi aku membuat rayuan semula permohonanku itu atas nasihat kawan-kawan, memandangkan pegawai dari bahagian lain diluluskan pula, sedangkan tempoh perkhidmatan aku lebih lama daripadanya.

Alhamdulillah syukur, akhirnya permohonan aku diluluskan.  Sememangnya aku sangat teruja untuk belajar membuat roti, dan sudah semestinya aku rasakan tentu agak sukar.

Setelah bersara, aku telah memberi mesin pengadun heavy duty (mesin terpakai) untuk membuat kek dan roti, oven pembakar dan lain-lain lagi.  Malangnya untuk meneruskan membuat kek tidak kesampaian, kerana mesin pengadun tersebut kejap2 bermasalah.  Sememangnya aku ingin membeli mesin yang baharu sebelum itu, tetapi atas nasihat suami, aku membeli mesin tersebut.


Aku menghantar semula ke kedai tersebut untuk dibaik pulih.  Tetapi sekejap mesin tersebut berfungsi dengan baik dan pada hari yang lain tak berfungsi dengan baik.  Apatah lagi, nak buat doh roti yang memerlukan doh yang berat.

Entah macam mana, aku ingin belajar membuat donut dalam grup masakan di Facebook dengan bayaran sebanyak RM30.00.  Aku cuma melihat page tersebut dan melihat hasil rakan-rakan lain yang telah mencubanya.   Tidak juga aku membuatnya, padahal aku telah membeli bahan-bahannya dan ada juga yang aku beli melalui shopee.

Sejak itu, aku mula belajar yang aku suka.   Aku melihat di youtube bagaimana cara membuat sup kambing.  Akhirnya aku pandai membuatnya dengan olahan aku sendiri. Pelbagai resepi lain yang telah aku cuba seperti mee sup Utara, Mee Rebus, daging masak merah ala Thai, ayam goreng berempah ala mamak dll.

Sejak akhir-akhir ini, aku dijemput oleh seseorang untuk menyertai grup di wasup belajar masakan dalam talian.   Mereka mengajar secara dalam talian (melalui google zoom), dan aku dapat melihat teknik-teknik yang diajar.   Memandangkan banyak resepi yang bagus, risau juga resepi tersebut akan hilang.   Dengan itu, aku membuat satu blog untuk menyimpan resepi2 tersebut supaya satu hari nanti aku dapat membuatnya.